Monday, March 21, 2011

OH Azi! HMM Filem Teragung Pecah Panggung!




Hikayat Merong Mahawangsa atau The Malay Cronicles mmg terbaeklah. aku dah tgk! hahha. . . korang bila lagi? 


Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) arahan Yusry Abdul Halim sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat filem tempatan. Ini kerana sejak dari awal pembikinannya, filem ini mendapat publisiti yang cukup meluas. Bahkan, ia turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Secara jujurnya, AKU merasakan buah tangan terbaru Yusry ini adalah yang terbaik berbanding filem-filemnya sebelum ini. Walaupun tidak sehebat filem epik dari luar negara tetapi penghasilan HMM memberikan satu penanda aras untuk kemajuan filem Malaysia.

Sebenarnya banyak aspek yang boleh dipuji dalam filem ini. Ia adalah sebuah filem epik penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat dengan penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan "props" kurun ke 2.

Menurut Yusry, filem ini terpaksa mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana ia melibatkan kajian dan perancangan yang rapi. Jelas pengarah muda ini, bukan mudah untuk menterjermah satu karya klasik ke dalam sebuah filem yang hanya mengambil masa 110 minit.

AKU suka dengan perjalanan cerita filem ini. Yusry bijak menyusun plot cerita sehingga ia mudah diikuti. Teknik CGI yang ditampilkan menerusi filem ini juga layak diberi pujian. Biarpun masih tidak kemas kerana ada yang nampak seperti lukisan, tetapi ia boleh dimaafkan kerana secara keseluruhan, CGI ini sangat membantu menghidupkan jalan cerita. Rasanya tidak ada lagi filem tempatan yang memaparkan teknik CGI secemerlang HMM. 

Bagaimanapun, AKU berasa sedikit terganggu dengan mutu visual filem ini. Daripada mula hingga ke akhir, skrin kelihatan kabur dan malap. Mungkin produksi mahu mencipta suasana pada zaman dahulu, tetapi AKU merasakan visual yang jelas dan cantik adalah lebih bagus. 

Selain itu, AKU juga berasa sedikit terganggu dengan suara latar yang digunakan. Intonasi suara kedengaran seperti dibuat-buat dan tidak sesuai mewakili filem yang ingin dipasarkan ke luar negara. Alangkah lebih baik kalau suara Datuk Rahim Razali digunakan kerana suara pelakon veteran ini lebih jelas dan berkarisma. 

Menyentuh tentang lakonan pelakon terlibat, AKU puji dengan kesungguhan Stephen Rahman Huges dalam menghayati watak Merong Mahawangsa. Mahupun tidak mampu berbahasa Melayu, tetapi jejaka berdarah Inggeris ini mampu menuturkan kata-kata dengan lancar walaupun adakalanya berbaur Inggeris. 

Dengan lakonan yang mantap tidak mustahil pada masa akan datang Stephen akan terus mendapat peluang untuk menjadi hero filem tempatan. Dengan wajah tampan dan tubuh yang sasa, lelaki ini memang mempunyai pakej sebagai hero filem. 

Begitu juga dengan lakonan Khir Rahman yang memegang watak Kemawas, ketua lanun Geruda yang cukup digeruni. Pelakon berpengalaman ini berjaya membuatkan penonton merasa marah dan benci terhadapnya. 

Manakala kehadiran Ummi Nazeera juga tidak mengecewakan. Pelakon yang sedang melanjutkan pelajaran di Australia ini membawakan watak Embok, seorang gadis kampung yang jatuh hati kepada Merong Mahawangsa. 

HMM mengisahkan tentang seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Pada tahun 120, Empayar Rom yang ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara negara China, Dinasti Han merupakan empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda telah menculik puteri tersebut dan menjadikannya sebagai tebusan. Dalam pertempuran dengan Geruda, Merong telah cedera parah dan dia telah diselamatkan oleh Kesum yang telah meramalkan tentang kehadiran seorang raja yang bakal menyelamatkan kampung mereka. 


Info


Filem yang mengambil masa dua bulan untuk sesi penggambaran ini menelan belanja RM8 juta, sekaligus menjadikannya filem ketiga termahal dalam sejarah perfileman tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang.

Monday, March 7, 2011

Oh Azi! Aku kena INSOMNIA?

Oh tidak. . . Adakah aku dah kena INSOMNIA?? 
Apa itu INSOMNIA??
Insomnia dicirikan dengan ketakupayaan bertidur dan/atau ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" buat melebihi beberapa minit setiap kali. Kedua-dua insomnia organik dan insomnia bukan organik merupakan gangguan tidur. Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanankebimbanganubatherbakafeina,kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkannya. Mencari sebab yang mengakibatkan insomnia biasanya diperlukan untuk merawatnya.


arghhhh! MUNGKIN? atau TIDAK MUNGKIN? 

Saturday, February 19, 2011

Oh SELANGOR-KL!

 Haluuu! hey. 4/2/2011, Me, Khairul Faez(poji), Arief Farhan, and Najjar hang out together to Batu Caves then tros shoot g KL. Arief budak KL! haha. punya lah susah nak carik rumah dia kat Tmn Manjalara. Padahal senang ja. if dia bagtahu dekat dengan SMKAKL. haha!. Then lepas angkut Arief, aku kena angkut Najar plak. Sebelum ambek najar, kiteorang g batu caves. xda kerja arief ajak g naek tangga. Sumpah penat doh! haha.
Ingatkan nak park kat sini. nampak sket mcm rombongan p batu caves!
Arief Farhan yang photogenic.





malam tu kiteowang gerak g pertama. Usha DSLR kat Photo Selangor. Tetapi Hampa hati kami dibuatnya kerana kedai tu dah tutup. Then kiteowang grak la Dataran. hahahak!






Then lepas lepak kat dataran, kiteorang shoot g Kg. Baru, makan steak. Style! kat area tu banyak restoren steak, tp kiteorang pilih HR Steak House. =)



New zealand Muscle Mix Combo Around RM 15.






hahha! tu jela aku nak kongsi buat masa ni. chow~!

Friday, February 18, 2011

Style! Boom Box Moden Dari TDK

Wow! Boombox kalau korang ingat ialah aksesori wajib mamat b-boys back in the eighties. TDK baru-baru ini mengeluarkan semula boom box yang menerapkan unsur oldskool dan newskool dalam satu model boombox keluaran mereka. Ini ialah TDK 3 Speaker Boombox. Awesome eh? Nak lagi awesome ada iPod dock, ada usb support, RCA input dan input untuk gitar letrik. I bet your dad's boombox is not as bad ass as this kan? COOLIO!




Style! Pelekat App Instagram Untuk iPhone 4

Pemilik iPhone ramai yang gunakan app Instagram bila mengambil gambar, Hasilnya phone berharga RM2000 ini mengambil gambar yang kelihtan sampah tetapi artsy ala ala Nokia zaman 2 megapixel dahulu. Maybe I am old dan tak boleh appreciate gambar kaler aneh dan banyak noise. Maybe I think if you have a good 5MP camera you should take good pics instead of purposely making the picture look like that. Ah mengomel pulak. So anyway kepada pengguna app Instagram sekalian,alang-alang suka sangat pakai instagram gunakanlah pelekat yang boleh membuatkan iPhone korang nampak macam logo app Instagram. Pelekat ini dijual dengan harga USD6 sehelai. Nice.. Serius aku jeles. Yes I am!









Monday, February 14, 2011

1ST WATERFALLS OF MALAYSIA PHOTOGRAPHY CONTEST!



Tuesday, February 1, 2011

6 Pemain Senior Sepak Takraw Negara Digugurkan.

REGU emas Sukan SEA 2005, (dari kiri) Zulkarnain Arif, 
 Normanizam Ahmad dan Futra Ghani tersenarai dalam skuad elit 
sepak takraw kebangsaan yang diumumkan oleh PSM, semalam.

     
  Regu emas Sukan SEA 2005, Mohd. Normanizam AhmadMohd. Futra Abd. Ghani danMohd. Zulkarnain Arif antara enam pemain yang digugurkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) daripada skuad elit negara.
Turut menerima nasib sama ialah Mohd. Azman Nasarudin, Mohd. Shamsul Asraf Roslee dan Arif RamliPresiden PSM, Datuk Ahmad Ismail berkata, kesemua pemain berkenaan digugurkan selepas persembahan hambar yang dipamerkan mereka dalam Sukan Asia di Guangzhou, China, baru-baru ini yang menyaksikan Malaysia gagal mencapai sasaran mengutip satu pingat emas.
Katanya, pengguguran enam pemain itu juga dibuat atas cadangan kelima-lima jurulatih PSM sendiri serta keputusan Pengerusi Penyediaan Atlet Sepak Takraw, Muhamad Asri Abdul Jalil selepas satu penilaian dibuat dari setiap aspek termasuk persembahan yang tidak meningkat dan disiplin pemain sendiri.
“Kita tidak mahu berlembut lagi dengan pemain, hanya 12 pemain sahaja yang akan kita kekalkan ketika ini.
Katanya, pihaknya juga telah berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mewujudkan skuad pelapis negara yang akan disertai 18 pemain.
Bagaimanapun, katanya, untuk skuad wanita negara, ia akan diperkecilkan dengan hanya lapan orang pemain.
Menurut beliau, Majlis Tertinggi PSM kemudiannya akan bermesyuarat 22 Januari ini untuk memutuskan nama pemain yang terpilih mewakili skuad berkenaan.
Sementara itu, Ahmad meminta semua pihak memberikannya peluang untuk melaksanakan beberapa lagi tugasnya yang masih belum selesai sebelum bertindak meletakkan jawatan sebagai Presiden PSM.
Jelasnya, adalah tidak wajar beliau bertindak meninggalkan persatuan itu ketika semua pihak mengkritik dan menyalahkan mereka berhubung prestasi buruk pemain.
”Jangan risau, bila tiba masanya saya akan letak jawatan. Saya seorang yang ada prinsip. Apa yang saya kata akan saya kotakan,” katanya.